Permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.



Jamuan Kesyukuran Dan Terima Kasih Parlimen Gombak DUN Batu Cave 25 Mei 9 Malam.



ANAK MUDA ,,BANGKIT!!!ANAK MUDA BANGKIT!!! ANAK MUDA BANGKIT!! NEGARA MEMERLUKAN TENAGAMU...

KITA TIDAK MEMERLUKAN PEMIMPIN TRANFORMASI!!!!

KITA PERLUKAN 'REFORMASI !!!!

RAKYAT BERBANGGA DENGAN MU!!!!!



Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menjangkakan lebih banyak tangkapan dan dakwaan terhadap ahli politik pembangkang dan aktivis hak asasi.

Beliau menegaskan, reaksi keras polis terhadap rakyat seolah-olah mengembalikan Malaysia ke era bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Kita jangka lebih banyak tangkapan dan dakwaan ke atas pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi,” kata Azmin dalam kenyataannya.
Katanya, bermula dari tuduhan yang sama sekali tidak berasas terhadap Adun Seri Setia, Nik Nazmi berhubung himpunan di Kelana Jaya, aktivis mahasiswa Adam Adli turut ditahan atasan tuduhan menghasut.

Dalam masa yang sama, ramai yang ditangkap hanya kerana menyertai nyalaan lilin di hadapan Lokap Berpusat Jinjang.
Kata Azmin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ‘melebih-lebih’ dan mendahului tindakan, sedangkan Perdana Menteri Najib Razak masih berdiam berhubung tangkapan tersebut.

“Saya menyeru masyarakat untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Ini adalah hak kita yang terkandung dibawah perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hati terhadap penipuan (pilihan raya).

“Mereka cuba menakut-nakutkan supaya kita tunduk. Kita harus teguh memperjuangkan hak dan maruah kita. Mereka yang bertanggungjawab menyalahguna alat negara, mesti memberikan jawapan,” tegas Azmin. KD



Kongres Nasional KEADILAN ke-9 secara rasminya akan bermula petang ini di Dewan Sivik MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
Perasmian Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN akan disempurnakan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali jam 2.45 petang ini di Dewan Banquet MBPJ.

Persidangan Kongres AMK diadakan di Dewan Banquet, manakala Kongres Wanita KEADILAN di Auditorium MBPJ secara serentak pada jam 3.35 petang.

Kongres KEADILAN kali ini membawa warna tema hitam dengan slogan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’, simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Sekretariat program memaklumkan pendaftaran telah bermula semenjak jam 10 pagi ini dan dijangka lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati serta jemputan khas dari luar negara akan hadir.

Ibu pejabat KEADILAN turut membuat siaran langsung (livestream) bagi upacara perasmian Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ke-9.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat, digalakkan untuk menghubungi urusetia program di talian 012-6541415 (Syed Shah) atau emel kepada Pengurus Operasi ibu pejabat KEADILAN di alamat nurulhuda@keadilanrakyat.org. KD



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat yang mendapati dakwat ditangannya boleh hilang pada hari pengundian lalu, tampil membuat laporan polis.

Katanya, rakyat perlu berani untuk melaporkan perkara itu sebagai bukti berlakunya penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana sebelum itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan dakwat itu boleh kekal beberapa hari.

"Kita mintak seramai mungkin setiap orang yang mengundi, yang hilang dakwat hitam pada hari pertama, buat laporan polis.

"Ini tanggungjawab saudara, kalau ada integriti, ada maruah kepada rakyat buat laporan polis, beri salinan kepada kita.

"Kalau kita buat begitu, dengan sendiri kita boleh menjawab tomahan Umno," katanya pada ceramah Black505 di Markaz PAS Kuala Ibai di sini malam tadi.

Kira-kira lebih 50,000 rakyat hadir mendengar kupasan isu dari pemimpin Pakatan Rakyat khususnya berkaitan penipuan dalam PRU13 lalu.

Selain Anwar, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Menurut Anwar lagi, laporan-laporan polis itu akan menjadi kekuatan untuk mencabar ketelusan dan keadilan proses pilihan raya lalu yang didakwanya sarat dengan penipuan.

Pada masa sama katanya, pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan Rakyat juga sedang git mengumpul bukti-bukti untuk mengemukakan petisyen.

Beliau memaklumkan sekurang-kurangnya 27 ke 30 kerusi sedang diteliti untuk dikemukakan petisyen di mahkamah.

Sehubungan itu katanya, rakyat diminta memberi kerjasama dengan memberi maklumat berkaitan penipuan tersebut kepada pasukan penyiasat tersebut. HD


Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 9.0.1 atau Chrome dengan Resolusi skrin 1280x800.
Copyright © 2013 Blog Politikus. Version 4.0